Sunday, September 29, 2013

Dunia yang Fana

Katakanlah anda sedang dalam perjalanan dari Perlis menuju ke Johor dengan menaiki sebuah kereta bersama seorang rakan. sepanjang perjalanan anda hanya TIDUR, sebaliknya rakan anda yang memandu tidak boleh tidur sehinggalah ke Johor. Setibanya di Johor, anda pun terjaga. Sama sahaja bukan? Anda pun sampai Johor, dia juga sampai ke Johor. Namun, semasa anda melihat rakan anda mengeluarkan buah-buahan dari bonet kereta, anda berasa hairan.

Anda bertanya padanya di mana dia mendapatkannya? Sedangkan sebelum memulakan perjalanan anda berdua tidak membawa apa-apa. Lalu dia menyatakan, dia membeli di Ipoh. Kemudian anda lihat rakan anda mengeluarkan pakaian yang baru dari dalam plastik. "Oh, yang ini saya beli di Sogo Kuala Lumpur tadi." Katanya. Kemudian dia menceritakan pada anda sepanjang perjalanan tadi, semasa di Alor Setar, dia terserempak dengan sekumpulan konvoi motosikal besar yang semuanya import dan tidak banyak di dunia ini, dia menceritakan lagi bahawa dia melihat bandar Auto City sungguh gah sewaktu merentas Pulau Pinang tadi. Kemudian dia menceritakan yang dia cukup terpesona dengan kehijauan gunung ganang semasa melintasi Jelapang dalam perjalanan tadi, seterusnya cukup terpegun apabila melintasi Kuala Lumpur dan melihat bangunan-bangunan pencakar langit di sana. "Aku sudah kejutkan engkau tadi, tapi engkau cakap jauh lagi nak sampai." Kata rakan anda tadi. Apa yang anda rama masa itu?
RUGINYA!! kalaulah dapat aku kembali...ak pasti takkan tidur...

kawan2! begitu juga DUNIA INI! meskipun hanya sementara namun kerana terlalu sayangkan kita, Allah swt telah menawarkan beberapa kelebihan amalan di dunia ini untuk kita beramal sementara sampai ke akhirat kelak. Namun kita tidak mempedulikannya, bila ada yang mengingatkan, kita katakan, "lambat lagi nak mati.." Namun bila tiba di akhirat, kita juga yang berasa rugi, ketika itu barulah berasa menyesal lalu berdoa pada Allah swt. (as-sajadah:12)

Bekalan yang kita kutip di dunia akan kekal di akhirat, sebaliknya rezeki yang kita kecap di dunia akan habis di dunia kerana itu Maulana Rumi' pernah menyimpulkan kehidupan dunia ini seperti berikut,

Pabila kamu makan dan minum hidangan yang lazat di dunia ini, seolah-olah kamu sedang makan dan meminumnya di dalam mimpi. Apabila kamu terjaga, kamu akan lapar dan dahaga kembali! Hidangan yang kamu peroleh di dalam mimpi itu tidak membawa apa-apa faedah kepadamu. Dunia ini umpama mimpi. Dunia dan impiannya umpama seseorang yang inginkan sesuatu dan ia mendapatkannya di dalam mimpinya. Bila dia terjaga, dia tidak mendapati sedikit pun keinginan yang diperolehnya di dalam mimpi tadi..

Sumber: Bertanya Tentang Tuhan
 

No comments:

Post a Comment