Friday, February 17, 2012

wanita paling mulia

post kali nie ana ambik drp buku Furu' al-Masail....

......................................................................................................................................

soalan: siapakah yang paling mulia antara wanita-wanita yang pernah wujud di dunia ini?

jawapan: Mengikut pendapat para ulama, wanita yang dianggap paling mulia ialah Maryam binti Imran(ibu Nabi Isa a.s), selepas itu diikuti oleh Fatimah binti Muhammad SAW, selepas itu Siti Khadijah r.ha. Kemudian Siti Aishah r.a( kedua-duanya isteri Rasulullah SAW)

......................................................................................................................................

soalan: adakah bonda Rasulullah SAW, Aminah dan Asiah(isteri Firaun) juga tergolong dalam wanita yang mulia?

jawapan: ada pendapat ulama mengatakan bahawa wanita mulia dan istimewa pada hari akhirat nanti ialah Aminah iaitu ibu Nabi kita Muhammad SAW dan juga isteri Firaun yang bernama Asiah. Mereka berpadukan firman Allah dalam surah al- tahrin ayat 11.

Maksudnya: dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu; perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: " Wahai Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya( yang kufur dan buas), serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."

No comments:

Post a Comment